PETALING JAYA – Penunggang motosikal yang terlibat dalam nahas enam kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu mengalami kecederaan serius termasuk kulit kepala terkoyak, pinggang kiri patah dan paru-paru kiri bocor.
Mangsa, Ahmad Safwan Yahya, kini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dijadualkan menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan pada pinggang kirinya.
Perkembangan itu dikongsikan kakaknya, Akmar Yahya menerusi hantaran di Threads memaklumkan, adiknya menjalani pembedahan pada pukul 3.46 petang, Selasa lalu, bagi menjahit kulit kepala yang terkoyak.
“Sekarang pihak kami tengah menunggu rawatan yang seterusnya iaitu pembeda






