Raeven Goh diiringi anggota polis di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.KUALA LUMPUR: Seorang penolong pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, Sabtu lalu.
Raeven Goh, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.
Dia didakwa menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir akibat memandu kenderaan elektrik secara melulu di Jalan Kuching menghala ke Segambut, pada 10 Okt lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda hingga RM20,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya tiga tahun, jika sabit kesalahan.






