BATU PAHAT – Pakaian dan barang-barang milik Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di dalam biliknya masih tidak terusik walaupun sudah hampir dua minggu pemergiannya.Khyar Abas, 69, berkata, setiap sudut rumah masih mengingatkan dirinya kepada cucu kesayangnya itu yang dijaga sejak berusia 9 tahun.Menurutnya, perasaan seolah-olah Irene Sofiya masih berada di rumah itu sering dirasai apabila melihat barang-barang peninggalan arwah."Memang saya tak boleh lupa Fiya kerana banyak kenangan bersamanya."Saya, isteri dan keluarga jaga sejak kecil selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser ketika Fiya berusia lapan tahun."Apabila melihat pakaian, barang-barang dalam bilik Fiya, saya masih terbayang-bayang dia," katanya ketika ditemui di kediamanya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng pada Khamis.Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan kerajaan yang hadir memberikan sokongan moral kepada keluarganya.Menurutnya, kunjungan serta sokongan yang diterima sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi saat sukar itu."Masih ramai yang datang menziarahi kubur arwah dan rumah kami. Paling jauh dari Kelantan."Saya terharu dengan sokongan diberikan rakyat Malaysia dan berterima kasih atas kata-kata semangat dan sumbangan yang diberikan."Paling memberi kesan kepada saya dan keluarga ialah kunjungan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah," ujarnya.
‘Barang milik Irene Sofiya masih tak terusik, saya masih terbayang-bayang dia’ – Datuk

Key points
- BATU PAHAT – Pakaian dan barang-barang milik Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di dalam biliknya masih tidak terusik walaupun sudah hampir dua minggu pemergiannya.
- Khyar Abas, 69, berkata, setiap sudut rumah masih mengingatkan dirinya kepada cucu kesayangnya itu yang dijaga sejak berusia 9 tahun.
- Menurutnya, perasaan seolah-olah Irene Sofiya masih berada di rumah itu sering dirasai apabila melihat barang-barang peninggalan arwah.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja 16 tahun disambung enam hari lagi
- Malaysiakini (BM) Pelajar Tingkatan 4 didakwa bunuh Irene Sofiya
- Utusan Malaysia Rasa seperti Irene Sofiya masih ada – Datuk
- Sinar Harian ‘Barang milik Irene Sofiya masih tak terusik, saya masih terbayang-bayang dia’ – Datuk (this story)







