PETALING JAYA: Aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sehingga Perikatan Nasional (PN) digantung daripada sebarang aktiviti membuktikan bahawa parti itu adalah ‘kuda trojan’ Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tindakan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya ia men­jadi punca keretakan dalaman Bersatu sejak lebih setahun lalu.

Beliau berkata, keretakan da­laman Bersatu sehingga mewujudkan kem-kem berbeza adalah disebabkan percanggahan pandangan melibatkan pimpinan utama apabila ada segelintir pemimpin mahu beker