Kuala Lumpur: Situasi jerebu negara menunjukkan perkembangan positif apabila dua lokaliti mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sihat, setakat jam 7 pagi tadi.

Kedua-dua lokaliti itu ialah Balik Pulau, Pulau Pinang dengan bacaan IPU 41, diikuti Limbang, Sarawak (45).

Semakan di portal Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar turut mendapati tiada lokaliti merekodkan IPU sangat tidak sihat dan berbahaya, manakala 41 lagi mencatatkan bacaan sederhana.

Portal sama turut memaklumkan bacaan IPU di 25 lokaliti di seluruh negara, dikategorikan pada tahap tidak sihat.