SERANGAN peluru berpandu dan dron kumpulan Houthi dari Yaman terhadap beberapa lapangan terbang di Arab Saudi, bukan lagi sekadar perkembangan perang saudara, sebaliknya amaran bahaya konflik Asia Barat semakin menghampiri tahap sukar dikawal. Serangan di Riyadh pada Sabtu lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 13 nyawa dan mencederakan lebih 300 orang, selain menyebabkan operasi lapangan terbang tergendala.

Lebih membimbangkan, ia berlaku ketika dunia masih menanggung tekanan ekonomi akibat perang Amerika Syarikat (AS)-Iran yang turut menyebabkan penutupan Selat Hormuz, antara laluan perdagangan tenaga terpenting dunia. Ketika kesannya terhadap bekalan minyak, kos pengangkutan dan harga barangan belum reda, kemunculan konflik baharu antara Houthi dengan Arab Saudi berisiko menjadikan lebih parah.