KUALA LUMPUR: Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-44 daripada 117 pusat kewangan dunia dalam Indeks Pusat Kewangan Global edisi ke-40 (GFCI 40).

Labuan IBFC berkata, pencapaian itu menandakan peningkatan kedudukan bagi tiga edisi indeks berturut-turut, iaitu daripada tangga ke-60 kepada ke-55 dan kini ke-44.

"Kedudukan terkini itu mencerminkan peningkatan berterusan Labuan IBFC dalam tiga edisi indeks berturut-turut," menurut kenyataan itu.

Labuan IBFC turut beralih daripada kategori Pesaing Antarabangsa kepada Pusat Khusus, mencerminkan pengiktirafan terhadap kekuatannya dalam beberapa bidang utama.