Johor Bahru: Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin nyata gembira dengan persembahan pemainnya selepas menundukkan Pakistan 3-2 dalam aksi Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, semalam.
Bagaimanapun, pengendali skuad Young Tiges itu mengakui beberapa kelemahan yang masih membelenggu anak didiknya terutama gagal melakukan penyudah tepat dan sering terlepas menyempurnakan pukulan sudut penalti tampak masih belum mantap dan perlu segera diperkemaskan.
Katanya, barisan pemainnya banyak peluang untuk mencipta jaringan namun gagal meletak bola ke dalam gol Pakistan namun tetap lega selepas layak ke final dan akan bertemu sama ada Pakistan atau Jepun ketika kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan, petang esok.








