CYBERJAYA- Aplikasi navigasi pintar tempatan, TuJu merekodkan lebih 700,000 muat turun setakat semalam, susulan peningkatan minat pengguna terhadap aplikasi yang dibangunkan sebagai alternatif kepada Waze dan Google Maps.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir. Dr. Mohammed Ridzuan Jahidin berkata, aplikasi TuJu sudah bersedia digunakan sejak November tahun