CYBERJAYA: Aplikasi navigasi pintar tempatan, TuJu merekodkan lebih 700,000 muat turun setakat semalam, susulan peningkatan minat pengguna terhadap aplikasi yang dibangunkan sebagai alternatif kepada Waze dan Google Maps.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir. Dr. Mohammed Ridzuan Jahidin berkata, aplikasi TuJu sudah bersedia digunakan sejak November tahun lalu, manakala penambahbaikan terus dilakukan khususnya bagi meningkatkan keupayaan navigasi, sementara ciri-ciri lain yang tersedia boleh terus dimanfaatkan oleh pengguna.

Menurut beliau, antara kelebihan aplikasi itu ialah ciri kamera litar tertutup (CCTV) secara langsung yang membolehkan pengguna melihat keadaan trafik di lokasi lebuh raya pilihan mereka, selain aplikasi berkenaan turut dilengkapi butang kecemasan (SOS)