Kuala Lumpur: Seorang Ahli Parlimen menyuarakan kekecewaan terhadap prestasi aplikasi navigasi tempatan, TuJu sambil mempersoalkan kesediaannya untuk bertindak sebagai alternatif kepada Waze.

Young Syefura Othman (PH-Bentong) berkata, beliau sendiri memuat turun aplikasi berkenaan namun mendapati prestasinya tidak memuaskan, manakala orang ramai turut membangkitkan kebimbangan mengenai pelbagai kekurangan yang ada.

Beliau membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini, susulan keputusan kerajaan melarang penjawat awam menggunakan Waze ketika menjalankan tugas rasmi.

"Saya sendiri sudah memuat turun aplikasi TuJu, tetapi sejujurnya ia agak mengecewakan.