Hassan Karim berkata agihan peruntukan dan perbelanjaan pejabat Ahli Parlimen perlu dibuat sama rata manakala Dr Zaliha Mustafa berkata cadangan Shahidan Kassim wajar diteliti tanpa mencampuradukkan fungsi Parlimen.PETALING JAYA: Wakil rakyat kerajaan menyokong cadangan peruntukan kawasan diletakkan di bawah kawalan Parlimen bagi memastikan semua Ahli Parlimen mendapat layanan adil.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, berkata agihan peruntukan dan perbelanjaan pejabat Ahli Parlimen perlu dibuat secara sama rata, dengan perbelanjaan pembangunan kawasan diaudit bagi mengelakkan penyalahgunaan dana.
Katanya, Majlis Perkhidmatan Parlimen, yang dibentuk di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, perlu bekerjasama dengan Kabinet membentangkan rang undang-undang bagi memastikan agihan adil itu termaktub dalam undang-undang dan dipatuhi kerajaan seterusnya.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fakmal_793074.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
