PASIR MAS – Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menyimbah cecair berbau busuk pada karpet dan menceroboh sebuah masjid di Tumpat kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Manjesh Singh Shukdev Singh, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memecahkan cermin dan merosakkan karpet masjid dengan cara menyimbah cecair berbau busuk apabila mengetahui bahawa penganut agama Islam akan menganggap perbuatan tersebut satu keaiban kepada agama mer