SHAH ALAM – Kerajaan perlu memastikan aplikasi navigasi TuJu benar-benar bersedia, stabil dan berkesan sebelum menggalakkan rakyat menggunakannya sebagai alternatif kepada Waze.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, aspek ketepatan navigasi, maklumat trafik masa nyata, keselamatan data dan kemudahan pengguna perlu diuji secara menyeluruh.Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya membuat pengumuman secara besar-besaran sebelum memastikan aplikasi berkenaan berfungsi dengan baik.ARTIKEL BERKAITAN: Larangan Waze: Tiada kompromi terhadap sebarang risiko keselamatan melibatkan Israel - MKNPenjawat awam dilarang guna Waze, bimbang ancaman Israel - PMKerajaan galak rakyat guna navigasi TuJu, ganti WazeLarangan Waze hanya untuk penjawat awam, tidak terpakai kepada orang ramai - GobindGangguan TuJu: LLM, PCSB giat pulih, tambah baik sistem"Janganlah pengumuman dibuat dengan begitu gah, tetapi akhirnya rakyat berdepan pelbagai kelemahan teknikal seperti kontroversi yang pernah dikaitkan dengan Avatar AI," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau turut merujuk laporan ujian aplikasi TuJu oleh sebuah portal berita teknologi pada 22 Oktober 2026 yang membangkitkan beberapa kelemahan fungsi navigasi berkenaan.Sehubungan itu, beliau berpandangan kerajaan perlu memastikan aplikasi berkenaan benar-benar berfungsi dengan baik sebelum mempromosikannya secara besar-besaran.Ahmad Fadhli turut mencadangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membantu menyampaikan pandangan secara tidak rasmi kepada pihak berkaitan supaya aspek kesiapsiagaan aplikasi TuJu diberikan perhatian sewajarnya."Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari yang menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Madani mempunyai pengalaman dan hubungan profesional yang relevan dengan pembangunan aplikasi berkenaan."Abdul Rashid pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika memorandum persefahaman dengan Prosignal Consortium dimeterai pada 26 Mei 2022," katanya.Beliau berkata, nama Abdul Rashid turut disenaraikan sebagai Pengarah Eksekutif Prosignal Consortium Sdn Bhd di laman korporat syarikat itu."Pengalaman Abdul Rashid mungkin dapat membantu pihak berkaitan memahami keperluan penambahbaikan aplikasi berkenaan demi manfaat pengguna," tambahnya.Prosignal Consortium Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam pembangunan aplikasi navigasi TuJu bersama LLM, menandatangani Perjanjian Kerjasama dengan MIMOS Holdings Sdn Bhd pada 4 Ogos 2026.MIMOS Holdings ialah anak syarikat milik penuh MIMOS Berhad, manakala kerjasama itu bertujuan membangunkan penyelesaian teknologi mampan untuk pasaran lebih luas.Ahmad Fadhli turut membangkitkan hubungan kerjasama korporat antara MIMOS Holdings dengan Zetrix AI Berhad yang dahulunya dikenali sebagai MYEG.Kerjasama itu melibatkan Perjanjian Langganan Saham dan Perjanjian Pemegang Saham bertarikh 27 November 2025 berkaitan My Blockchain Infrastructure Sdn Bhd (MBISB).Struktur pegangan ekui
Pas gesa kerajaan pastikan TuJu stabil sebelum diperkenalkan kepada rakyat

Key takeaways
PAS menggesa kerajaan untuk memastikan aplikasi TuJu stabil dan berfungsi dengan baik sebelum diperkenalkan kepada rakyat sebagai alternatif kepada Waze. Ahmad Fadhli Shaari menasihatkan agar pengumuman besar-besaran dielakkan untuk mengelakkan kelemahan teknikal yang merugikan pengguna.
- Ahmad Fadhli Shaari menekankan keperluan ujian menyeluruh terhadap ketepatan navigasi dan keselamatan data aplikasi TuJu.
- PAS merujuk laporan ujian pada 22 Oktober 2026 yang mendedahkan beberapa kelemahan fungsi navigasi aplikasi tersebut.
- PAS menasihatkan kerajaan agar tidak membuat pengumuman gah sebelum aplikasi benar-benar bersedia untuk digunakan oleh rakyat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Kerajaan galak rakyat guna Tuju ganti Waze
- Sinar Harian Pas gesa kerajaan pastikan TuJu stabil sebelum diperkenalkan kepada rakyat (this story)








