SHAH ALAM - Pelancaran aplikasi navigasi tempatan TuJu sebagai alternatif kepada Waze disifatkan memalukan negara berikutan dakwaan kelemahan fungsi aplikasi berkenaan yang menyusahkan pengguna.Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, usaha kerajaan melindungi keselamatan negara menerusi penggantian Waze disokong, namun penilaian sewajarnya dan ujian ketat perlu dilakukan bagi memastikan TuJu mampu menandingi serta menggantikan fungsi asas aplikasi navigasi itu.Guan Eng berkata, maklum balas pengguna setakat ini menunjukkan penggunaan TuJu hanya akan menyusahkan orang ramai, selain menerima aduan mengenai ketidakberkesanan aplikasi berkenaan."Pelancaran aplikasi navigasi tempatan TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai alternatif kepada Waze untuk keperluan navigasi jalan raya ternyata menjadi sesuatu yang memalukan negara."Walaupun ramai menyokong usaha kerajaan untuk melindungi kepentingan keselamatan negara, penilaian sewajarnya dan ujian yang ketat perlu dijalankan bagi memastikan aplikasi pengganti, TuJu benar-benar mampu menandingi serta menggantikan fungsi asas navigasi jalan raya yang ditawarkan oleh Waze," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, kerajaan tidak sepatutnya mewajibkan penggunaan TuJu sebagai pengganti Waze ketika aplikasi tempatan itu didakwa masih mempunyai pelbagai kelemahan."Rakyat Malaysia menyokong penggantian aplikasi Waze kerana risiko keselamatan berkaitan maklumat dan data pergerakan rakyat, memandangkan aplikasi itu tertakluk kepada undang-undang kerajaan Israel."Namun, mereka tidak menyokong penggantiannya dengan aplikasi yang dalam keadaan terbaik sekalipun masih mempunyai kecacatan, manakala dalam keadaan terburuk pula gagal berfungsi," katanya.Guan Eng berkata, Perdana Menteri jelas diberikan nasihat yang salah berhubung keupayaan teknologi TuJu untuk menggantikan Waze.Sehubungan itu, beliau meminta Anwar menjelaskan kos yang ditanggung kerajaan bagi membangunkan aplikasi navigasi tempatan berkenaan.Beliau turut menegaskan individu yang bertanggungjawab meyakinkan Perdana Menteri bahawa TuJu mempunyai keupayaan teknologi mencukupi untuk menggantikan Waze wajar dipersalahkan dan dikenakan tindakan."Adakah pihak yang mereka bentuk TuJu mendapatkan nasihat pakar daripada golongan profesional dari Amerika Syarikat, Eropah, China atau Jepun?"Kerajaan perlu menilai semula perancangan pembangunan aplikasi itu dari awal bagi memastikan alternatif kepada Waze benar-benar berkesan," katanya.Beliau mencadangkan supaya Anwar meminta Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) membangunkan versi TuJu yang jauh lebih baik dan mampu memenuhi keperluan pengguna."Bagaimanakah JKSN boleh diharapkan untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam menangani ancaman siber yang sentiasa berkembang, memperkukuh kesiapsiagaan negara dan kedaulatan digital, sedangkan keperluan asas pengguna untuk navigasi jalan raya pun tidak dapat dipen
TuJu memalukan negara - Guan Eng

Key takeaways
Lim Guan Eng mengkritik pelancaran aplikasi TuJu sebagai memalukan kerana dakwaan kelemahan fungsinya yang menyusahkan pengguna, walaupun menyokong tujuan keselamatan negara.
- Guan Eng menyokong penggantian Waze demi keselamatan negara tetapi menuntut ujian ketat sebelum TuJu diwajibkan.
- Aplikasi TuJu dibangunkan oleh Lembaga Leburaya Malaysia dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
- Kritik timbul kerana maklum balas pengguna menunjukkan TuJu masih mempunyai kecacatan dan kurang berkesan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian TuJu memalukan negara - Guan Eng (this story)







