Ipoh: Pemilik bengkel lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lapan pertuduhan gagal membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta penalti berjumlah RM271,875.

Look Pek Kong, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, Pek Kong didakwa gagal membayar GST bagi lapan tempoh bercukai antara 1 April 2016 hingga 30 Jun 2018 di Jabatan Kastam Perak.

Jumlah GST tertunggak ialah RM226,040, manakala penalti yang dikenakan berjumlah RM45,835.