KUALA LUMPUR - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama penyedia aplikasi, Prosignal Consortium Sdn Bhd (PCSB), sedang giat melaksanakan usaha pemulihan dan penambahbaikan aplikasi navigasi tempatan, TuJu, susulan gangguan teknikal selepas peningkatan ketara jumlah pengguna.LLM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, peningkatan itu berlaku susulan saranan Perdana Menteri supaya orang ramai mempertimbangkan penggunaan aplikasi navigasi tempatan.Sehubungan itu, LLM memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna dan sedang bekerjasama dengan PCSB untuk mengenal pasti punca gangguan, memulihkan kestabilan sistem serta meningkatkan keupayaan aplikasi bagi menampung pertambahan pengguna.Menurut LLM, maklum balas orang ramai berhubung fungsi navigasi, ketepatan maklumat laluan dan pengalaman penggunaan turut diberi perhatian.Penambahbaikan akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan TuJu menyediakan perkhidmatan yang lebih stabil, tepat dan mesra pengguna.TuJu yang diperkenalkan pada 26 November 2025 merupakan aplikasi navigasi lebuh raya yang dibangunkan PCSB dengan kerjasama LLM.Selain menyediakan maklumat perjalanan, aplikasi itu turut menawarkan maklumat keadaan trafik, kemudahan dan bantuan kecemasan bagi memenuhi keperluan pengguna sepanjang perjalanan.LLM menegaskan bahawa usaha memperkukuh aplikasi berkenaan bukan sahaja tertumpu kepada kestabilan sistem, malah merangkumi peningkatan fungsi navigasi, ketepatan maklumat dan keupayaan aplikasi dalam memenuhi keperluan pengguna.Dalam pada itu, LLM akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya (KKR), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan pihak berkaitan bagi memperkukuh ekosistem navigasi tempatan, termasuk aspek keselamatan siber dan tadbir urus data.LLM turut menghargai kesabaran serta maklum balas orang ramai dan memberi jaminan bahawa isu yang dibangkitkan akan diteliti secara serius.Maklumat lanjut mengenai status pemulihan dan penambahbaikan aplikasi akan disalurkan menerusi saluran rasmi LLM dan TuJu. - Awani
Gangguan TuJu: LLM, PCSB giat pulih, tambah baik sistem

Key takeaways
LLM dan PCSB sedang memulihkan dan menambahbaik aplikasi TuJu selepas gangguan teknikal akibat peningkatan pengguna.
- LLM memohon maaf atas gangguan dan bekerjasama dengan PCSB untuk memulihkan sistem.
- TuJu diperkenalkan pada 26 November 2025 untuk menyediakan maklumat perjalanan dan kecemasan.
- Penambahbaikan akan dilaksanakan secara berterusan untuk meningkatkan kestabilan dan keupayaan aplikasi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro TuJu alami gangguan navigasi
- Free Malaysia Today Pengguna meningkat ketara, TuJu alami gangguan
- Sinar Harian Gangguan TuJu: LLM, PCSB giat pulih, tambah baik sistem (this story)









