SHAH ALAM – Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil mendakwa Pas bersendikan fitnah susulan kenyataan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Pakatan Harapan (PH) bersendikan DAP ketika perbahasan di Parlimen.Beliau berkata, tuduhan berkenaan tidak disertakan bukti atau justifikasi yang menunjukkan DAP mendominasi PH atau Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, DAP hanya mempunyai empat menteri penuh atau 12.5 peratus daripada keseluruhan jumlah menteri dalam Kerajaan Madani.Justeru, beliau menyifatkan ucapan Abdul Hadi itu sebagai tindakan memainkan sentimen politik, meskipun perbahasan berkenaan berkaitan Belanjawan 2027."Belanjawan 2027 memperlihatkan pelbagai bantuan kerajaan kepada rakyat, khususnya golongan B40, termasuk peningkatan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM150 sebulan dan kenaikan gaji minimum kepada RM2,000."Golongan M40 turut mendapat manfaat menerusi pengurangan kadar cukai pendapatan sebanyak satu peratus, manakala pelajar Tingkatan Enam diberikan elaun sara hidup sebanyak RM2,500," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, Kerajaan Madani juga memberi penekanan kepada usaha memartabatkan Islam dengan meningkatkan peruntukan hal ehwal agama kepada RM3.1 bilion pada 2027 berbanding RM2.6 bilion pada 2026.Menurutnya, peningkatan peruntukan dan bantuan itu tidak pula dianggap merugikan rakyat atau Islam, meskipun DAP merupakan sebahagian daripada Kerajaan Madani yang meluluskan belanjawan berkenaan.Sehubungan itu, Faiz menegaskan dakwaan bahawa DAP menjadi sendi PH adalah tidak berasas.Beliau turut menggesa Pas supaya tidak terus memainkan sentimen berkenaan seolah-olah masih belum dapat menerima perpisahan dengan DAP sejak 2015.Menurutnya, ketika perpisahan itu, DAP didakwa menghalang pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 dan pelaksanaan hukum hudud."Bagaimanapun, selepas 11 tahun berlalu, RUU 355 dan hudud tidak lagi menjadi agenda perjuangan Pas, sedangkan DAP masih dijadikan bahan untuk membangkitkan sentimen politik."Sebab itu, saya merasakan Pas masih tidak boleh ‘move on’," katanya.
Amanah dakwa Pas bersendikan fitnah susulan kenyataan Hadi

Key takeaways
Amanah menuduh Pas memperlekeh kenyataan Hadi yang menyifatkan PH bersandarkan DAP, tanpa bukti.
- Faiz Fadzil menyatakan kenyataan Hadi tidak disokong bukti atau justifikasi.
- DAP hanya mempunyai 12.5 peratus menteri dalam Kerajaan Madani.
- Belanjawan 2027 memberi bantuan kepada golongan B40 dan M40 serta meningkatkan peruntukan agama.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Ruhainies dakwa rugi jutaan ringgit akibat fitnah
- Sinar Harian Amanah dakwa Pas bersendikan fitnah susulan kenyataan Hadi (this story)









