Hat Yai: Polis Thailand menahan dua lelaki termasuk seorang warga Malaysia kerana disyaki menghasilkan dan menjual pod rokok elektronik (pod vape) yang dicampur etomidat, sejenis ubat bius yang dikaitkan dengan fenomena 'vape zombie'.

Tangkapan itu dilaporkan pada 20 Oktober lalu hasil siasatan bersama polis perlindungan pengguna dan Unit Polis Kawalan Sempadan 437.

Sebelum itu, pihak berkuasa menerima maklumat mengenai penjualan pod vape mengandungi etomidat kepada remaja di Hat Yai dengan penghantaran dilakukan menggunakan kereta. Siasatan turut mengenal pasti sebuah rumah yang disyaki digunakan untuk menyediakan dan membungkus pod berkenaan.

Polis kemudian mengesan sebuah kereta di Jalan Rattakan di sini sebelum menahannya untuk pemeriksaan. Pemandunya yang hanya dikenali sebagai Nut, 46, didapati membawa 400 pod vape disyaki mengandungi etomidate seperti yang dilaporkan The Thaiger.