SHAH ALAM: Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki menyamar sebagai pembantu peribadi kepada Raja Muda Selangor dan menggunakan foto baginda bagi memperdaya orang ramai dalam urusan jual beli hartanah serta kenderaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan dijalankan susulan laporan polis dibuat Pejabat Kawalan Keselamatan Sultan Selangor di Istana Mestika pada 15 Oktober lalu.

Beliau berkata, laporan jam 9.53 pagi itu dibuat berhubung satu hantaran di platform media sosial Threads oleh pemilik akaun menggunakan nama profil dwan_hamid.

"Hantaran itu mendakwa seorang lelaki menyamar sebagai pembantu peribadi kepada Raja Muda Selangor dan menggunakan gambar Duli Yang Teramat Mulia baginda untuk memperdaya orang ramai dalam urusan pembelian rumah serta kenderaan.