KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi pada Khamis, dengan Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi iaitu 163.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua lagi stesen pemantauan di Negeri Sembilan turut merekodkan trend sama iaitu Seremban (155) dan Port Dickson (148).Di Selangor, lima kawasan berada pada kategori tidak sihat iaitu Klang dan Johan Setia, yang masing-masing mencatatkan bacaan 155, diikuti Petaling Jaya (154), Shah Alam (152) serta Banting (131).IPU tidak sihat turut direkodkan di Melaka membabitkan Bukit Rambai (159) dan Bandaraya Melaka (142), manakala di Johor melibatkan Tangkak (153) serta Pasir Gudang (108).Di Kuala Lumpur, dua kawasan merekodkan IPU tidak sihat iaitu Batu Muda (152) dan Cheras (140) manakala Putrajaya (140).Sementara itu, APIMS melaporkan sebanyak 50 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala hanya tiga kawasan kekal pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat, Nilai paling tinggi

Key takeaways
15 kawasan di negara ini mencatatkan IPU tidak sihat, dengan Nilai mempunyai bacaan tertinggi iaitu 163.
- Negeri Sembilan mempunyai IPU tertinggi iaitu 163 di Nilai.
- Selangor mempunyai lima kawasan dengan IPU tidak sihat.
- 50 kawasan mencatatkan IPU sederhana, manakala tiga kawasan pada tahap baik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Harian Metro , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Jerebu makin membimbangkan, 38 kawasan catat IPU tidak sihat
- Malaysiakini (BM) 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Sinar Harian Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat, Nilai paling tinggi (this story)







