PETALING JAYA: Dakwaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengutamakan atau mengambil calon daripada ‘kelas belakang’ untuk menyertai profesion kejururawatan adalah tidak benar, mengelirukan dan menjatuhkan maruah profesion itu.

Pengerusi Persatuan Jurura­wat Lelaki Malaysia, Muhammad Julihan Kamari berkata, pengambilan bakal jururawat melalui SPA mahupun institusi pengajian tinggi (IPT) berpandukan piawaian ketat yang ditetapkan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Katanya, proses pengambilan bukan hanya bergantung kepada pencapaian akademik, malah melibatkan ujian psikometrik dan sesi temu duga berstruktur.

“Proses pengambilan tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata, malah melibatkan ujian psikometrik dan sesi temu duga berstruktur untuk menilai sahsiah, ketahanan mental, empati serta minat mendalam calon terhadap bidang kejururawatan.