GEORGE TOWN - Dua rakan masing-masing lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 20 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, berhampiran susur ke Jambatan Pulau Pinang, awal pagi Khamis.Kedua-dua mangsa yang berasal dari Padang Serai, Kedah itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit dipercayai melarikan diri.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira jam 4.30 pagi.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah pusat bandar George Town menghala ke Jambatan Pulau Pinang."Motosikal berkenaan dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti ketika berada di susur bercabang menghala ke Jambatan Pulau Pinang dan Universiti Sains Malaysia (USM)."Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Abdul Rozak berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sehubungan itu, Abdul Rozak memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Shahidatul Alyaa Nordin menerusi talian 019-688 6106.
Dua rakan maut motosikal dipercayai dilanggar dari belakang, pemandu lari

Key takeaways
Dua rakan maut selepas motosikal mereka dilanggar dari belakang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, pemandu kenderaan terbabit lari.
- Kemalangan berlaku awal pagi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
- Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
- Pemandu kenderaan terbabit dipercayai melarikan diri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Pelajar kolej maut dipercayai terjatuh dari bangunan
- Sinar Harian Dua rakan maut motosikal dipercayai dilanggar dari belakang, pemandu lari (this story)









