KOTA BHARU: Polis Kelantan akan mengerahkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk membantu balai polis berdepan kekurangan anggota bagi menggiatkan operasi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata bantuan tenaga kerja akan disalurkan berdasarkan keperluan termasuk kepada balai berdepan kekangan anggota dan cabaran operasi.
Beliau berkata, prestasi setiap balai polis akan dinilai setiap minggu, dengan perhatian diberikan kepada daerah merekodkan jumlah tangkapan rendah bagi kes berkaitan dadah.
"Kita akan menilai prestasi setiap balai polis pada setiap minggu. Sekiranya sesebuah balai merekodkan jumlah tangkapan rendah atau gagal mencapai tahap ditetapkan, kita akan meneliti keadaan itu dan memberikan bantuan.









