SHAH ALAM – Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) terus memperkukuh hubungan strategik dengan Selangor FC menerusi Majlis Menandatangani Kerjasama tiga hala di ibu pejabat Infrasel di sini, baru-baru ini.Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut.Perjanjian itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon; Ketua Pegawai Eksekutif KSSB, Nizran Noordin dan Ketua Pegawai Operasi Infrasel, Dr Che Shobry Shahid.Dalam ucapannya, Nizran berkata majlis itu bukan sekadar menandatangani kerjasama, sebaliknya usaha mengukuhkan hubungan yang telah lama terjalin antara Kumpulan KSSB dan Selangor FC."Kami sentiasa percaya bahawa pelaburan dalam sukan adalah pelaburan untuk masa depan masyarakat," katanya menerusi satu kenyataan.Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini sahaja, KSSB dan Infrasel telah menyumbang hampir RM3.5 juta bagi menyokong pembangunan bola sepak negeri Selangor.Selain tajaan, KSSB turut membeli barangan rasmi Selangor FC untuk dihadiahkan kepada warga kerja KSSB dan anak-anak syarikat sebagai penghargaan atas pencapaian cemerlang syarikat, selain memupuk rasa kekitaan terhadap pasukan kebanggaan negeri itu.Dari segi prasarana, Infrasel menyumbang kepada kerja-kerja penurapan dan pembangunan kawasan parkir di SFC Training Centre, sekali gus meningkatkan keselesaan dan kemudahan kaki- tangan SFC serta pengunjung awam.Kerjasama itu juga bersifat dua hala apabila Selangor FC turut menyokong perniagaan air mineral KSSB melalui pembelian pukal, sekali gus memberi pendedahan lebih luas kepada jenama AquaSel.Nizran berkata, nilai sumbangan itu tidak terhad kepada angka semata-mata, sebaliknya mencerminkan keazaman Kumpulan KSSB memperkukuh asas Selangor FC secara berterusan serta menyumbang kepada kelestarian ekosistem bola sepak Selangor, termasuk pemain, jurulatih, pasukan sokongan dan peminat yang menjadi nadi sukan itu.Sementara itu, Johan berkata, kerjasama berterusan KSSB serta Infrasel banyak memberi impak positif kepada pembangunan dan kemajuan Selangor FC sama ada pada peringkat domestik hingga antarabangsa."Antara pencapaian membanggakan Skuad Gergasi Merah ialah apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Kejohanan Kelab ASEAN atau Piala Shopee musim lalu, buat kali pertama sejak 1967," katanya.Ketiga-tiga organisasi tersebut yakin kerjasama yang dijalinkan akan membuka pelbagai peluang baharu ke arah kecemerlangan KSSB, Infrasel dan Selangor FC.Kerjasama itu membolehkan semua pihak bersama-sama merangka inisiatif bagi memperkukuh hubungan, meluaskan jaringan serta meningkatkan nilai tambah kepada semua.
KSSB, Infrasel perkukuh hubungan strategik dengan Selangor FC

Key takeaways
KSSB dan Infrasel memperkukuh hubungan strategik dengan Selangor FC melalui perjanjian tiga pihak.
- Perjanjian ditandatangani oleh ketua eksekutif KSSB, Infrasel dan Selangor FC.
- KSSB dan Infrasel menyumbang RM3.5 juta untuk pembangunan bola sepak Selangor dalam tiga tahun lepas.
- Infrasel menyumbang prasarana seperti penurapan dan pembangunan kawasan parkir di pusat latihan SFC.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian KSSB, Infrasel perkukuh hubungan strategik dengan Selangor FC (this story)








