London: Bekas kapten Manchester City, Kyle Walker bersedia membuang tatu pada kakinya yang tertera perkataan 'empat kali berturut-turut' sekiranya kelab itu dilucutkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) susulan kesalahan kewangan.

Walker, 36, menjadi pemain pertama City yang secara terbuka mengulas kontroversi itu selepas kelab berkenaan didapati bersalah atas lebih 100 pelanggaran peraturan kewangan, namun sedang merayu keputusan berkenaan.

"Saya mungkin terpaksa melakukannya," kata Walker ketika ditanya mengenai kemungkinan membuang tatu yang meraikan kejayaan City menjuarai EPL empat musim berturut-turut.

Bek kanan yang kini beraksi bersama Burnley itu mengakui situasi berkenaan tidak kelihatan baik dari perspektif orang luar, namun tetap mempertahankan rakan sepasukannya.