Sik: Seramai 157 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditempatkan di Depot Tahanan Belantik di sini, dihantar pulang ke negara asal masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1), semalam.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam kenyataannya tadi memaklumkan, semua PATI itu membabitkan 128 lelaki, 26 wanita dan tiga kanak-kanak lelaki.
Semua PATI yang dihantar pulang itu adalah warganegara China, Bangladesh, India, Pakistan, Sudan Selatan, Australia, Nigeria, Vietnam dan Myanmar.
"Mereka sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Belantik, di sini dan sudah selesai menjalani hukuman atas kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.






