KUALA LUMPUR: UEM Edgenta Bhd melancarkan Program Keusahawanan Belia (YEP) bagi membangunkan enam vendor muda menerusi latihan dan bimbingan berstruktur untuk meningkatkan daya saing serta kesiapsiagaan perniagaan mereka menghadapi keperluan industri.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Shaiful Subhan, berkata program itu bertujuan membangunkan ekosistem vendor yang berdaya tahan dan berdaya saing berasaskan keupayaan serta prestasi perniagaan.

"Pembangunan rantaian bekalan yang kukuh memerlukan pelaburan dalam pembangunan modal insan, peningkatan keupayaan serta kerjasama jangka panjang bagi membolehkan syarikat dalam ekosistem berkenaan berkembang bersama," katanya dalam kenyataan.