Kuala Lumpur: Sebanyak RM125.29 juta kerugian direkodkan oleh Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) membabitkan kes penipuan dalam talian bagi tempoh Januari hingga April lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiga modus operandi direkodkan dengan jumlah kes tertinggi iaitu e-Belian sebanyak 2,405 kes diikuti jenayah telekomunikasi sebanyak 1,026 kes dan pinjaman tidak wujud sebanyak 894 kes.
Katanya, punca utama berlakunya jenayah penipuan dalam talian ialah taktik penjenayah yang sentiasa berubah dan semakin canggih termasuk mengeksploitasi teknologi digital serta menggunakan identiti palsu bagi meyakinkan mangsa.
"Penjenayah juga memanfaatkan keterbukaan media sosial, aplikasi komunikasi dan platform digital untuk mendekati mangsa dengan lebih mudah dan pantas melalui pelbagai tawaran yang kelihatan sah dan meyakinkan.








