Sungai Petani: Seramai sembilan ahli Geng Suria didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang antara 2024 hingga tahun ini.
Tertuduh, Thayalan, 28; Muhamad Rizwan Abd Jalil, 28; B Saranraj, 38; G Suria Prasad, 30; Kavines, 31; A Tana Balan, 30; G Sritharan, 39; A Simon, 34; dan A Suresh, 52, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim dan Hakim Najwa Che Mat.
Mengikut kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Suria' antara Disember 2024 hingga April 2026.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah tidak bernombor di Jalan Sekerat, Pekan Lama, Sungai Petani, dalam Daerah Kuala Muda, Kedah.








