SUNGAI PETANI: Sembilan ahli Geng Suria didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini, tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang sejak 2024.

Tertuduh, Thayalan, 28; Muhamad Rizwan Abd Jalil, 28; B Saranraj, 38; G Suria Prasad, 30; Kavines, 31; A Tana Balan, 30; G Sritharan, 39; A Simon, 34; dan A Suresh, 52, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim dan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Suria' antara Disember 2024 hingga April tahun ini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah tidak bernombor di Jalan Sekerat, Pekan Lama, Sungai Petani, dalam Daerah Kuala Muda, Kedah.