KUALA LUMPUR: Danwan Corporation Sdn. Bhd. (Danwan) menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung semakan kehakiman substantif yang melibatkan struktur gantri pengiklanan luar milik syarikat yang terletak di Kilometer 32.9 Lebuhraya Persekutuan (arah Subang menuju Kuala Lumpur).

Danwan dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan mahkamah tersebut mengesahkan kesahihan rangka kerja infrastruktur berkenaan, dengan mengiktiraf bahawa gantri tersebut di dalam rizab jalan Persekutuan di bawah lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya menurut Seksyen 85A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pasukan perundangan Danwan telah mengemukakan pendirian bahawa pengawalselian struktur papan iklan di sepanjang Lebuhraya Persekutuan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya dan bukannya pihak berkuasa tempatan.