KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu keputusan dan arahan lanjut Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung siasatan dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi tanpa kerelaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat Ismail telah dirujuk kepada AGC pada 29 September lalu untuk penelitian dan arahan selanjutnya.

Beliau berkata, setakat ini, PDRM telah merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan berkenaan.

“Pada 29 September 2026, kertas siasatan ini telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk penelitian dan arahan se