TuJu berdepan gangguan teknikal dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama penyedia aplikasi, Prosignal Consortium Sdn Bhd (PCSB) sedang melakukan penambahbaikan. (Gambar TuJu)PETALING JAYA: Aplikasi navigasi tempatan, TuJu, mengalami gangguan teknikal susulan peningkatan ketara jumlah pengguna, kata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Sambil memohon maaf atas kesulitan berkenaan, LLM berkata pihaknya bersama penyedia aplikasi, Prosignal Consortium Sdn Bhd (PCSB) sedang mengambil tindakan mengenal pasti punca gangguan, memulihkan kestabilan, dan menambah keupayaan menampung pertambahan pengguna.

"LLM turut memberi perhatian kepada maklum balas pengguna berhubung fungsi navigasi, ketepatan maklumat laluan, dan pengalaman penggunaan.