MOSCOW: Kadar tambang kapal tangki minyak dari Teluk Parsi ke Asia bagi kapal tangki bersaiz besar meningkat lima kali ganda berbanding paras sebelum konflik Asia Barat, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Pada September, kadar tambang kapal tangki melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah. Menjelang pertengahan Oktober, kos penghantaran minyak mentah dari Asia Barat ke Asia menggunakan kapal tangki besar meningkat kepada lebih AS$37 setong, iaitu lebih lima kali ganda berbanding paras sebelum perang bermula," kata IEA dalam satu kenyataan.
Sejak konflik bermula pada Mac, kesesakan kapal di Selat Hormuz, pengalihan laluan perdagangan dan peningkatan penggunaan kaedah pemindahan minyak antara kapal menyebabkan tempoh penghantaran menjadi lebih lama serta mengurangkan kecekapan armada kapal.









