KUALA LUMPUR – Sebanyak RM394 juta diperlukan bagi merealisasikan 35 projek wakaf Wilayah Persekutuan yang merangkumi pelbagai sektor termasuk pendidikan, kesihatan, ekonomi dan infrastruktur umat Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata, pihaknya setakat ini berjaya mengutip RM16 juta bagi menjayakan projek-projek berkenaan.

Katanya, jumlah kutipan itu masih jauh daripada sasaran, sekali gus memerlukan sokongan berterusa