PARIT BUNTAR – Kerian Industrial City (KIC) bakal menampung pengembangan operasi pelabur di Batu Kawan, Pulau Pinang yang berdepan kekangan tapak, sekali gus memperkukuh kedudukan Kerian dalam rantaian bekalan industri wilayah utara Semenanjung.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keperluan menyediakan ruang kepada pelabur terbabit menjadi asas pembangunan KIC yang terletak berhampiran kawasan perindustrian Pulau Pinang.

Menurutnya, terdapat pelabur di Batu Kawan yang mahu mengembangkan operasi kilang mereka, namun menghadapi kekangan ruang sehingga mendorong minat untuk beralih