Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tiada graduan perubatan yang perlu menunggu kekosongan slot untuk memulakan latihan siswazah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini, kadar pengisian nasional di 48 Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara adalah sebanyak 54 peratus iaitu 6,580 slot sudah diisi daripada keseluruhan kapasiti 12,198 slot.

Katanya, keadaan ini menunjukkan kapasiti latihan siswazah di fasiliti KKM masih mencukupi untuk menampung graduan perubatan yang layak menjalani latihan siswazah.

"Dalam pada itu, bermula 2024 hingga 2026, KKM sudah melantik seramai 14,064 pegawai perubatan lantikan tetap dan seramai 9,847 pegawai perubatan lantikan kontrak.