Paris: Sebuah kesatuan sekerja utama Perancis menggesa mogok umum diadakan pada 5 November di tengah-tengah protes sosial yang berterusan dengan alasan negara itu berada dalam krisis yang mendalam dan keadaan kebanyakan penduduk semakin teruk, lapor agensi berita Jerman dpa.
Kos sara hidup tinggi, gaji tidak berubah, ramai orang hidup dalam keadaan tidak menentu dan golongan muda kekurangan prospek, menurut Konfederasi Am Buruh (CGT) dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kesatuan itu juga menyeru demonstrasi aman di seluruh negara pada 5 November.
Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Sébastien Lecornu, ketua CGT Sophie Binet menggesa supaya gaji minimum dinaikkan sebanyak 10 peratus, harga bahan api dan barangan keperluan dibekukan dan lebih banyak sokongan untuk syarikat yang menghadapi pemberhentian.








