Gua Musang: Rekahan jalan dan kejadian tanah runtuh di Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Yayasan Albarakah, di sini, semalam, menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya serta penduduk Orang Asli yang bergantung kepada laluan berkenaan.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Badlihisham Nik Ismail, mengesahkan kejadian tanah runtuh di Jalan Lojing-Gua Musang (FT185), Seksyen 84.15, dengan runtuhan sepanjang 30 meter dan kedalaman 30 meter.
Beliau berkata, rekahan turut dikesan pada permukaan jalan sepanjang 30 meter, selain kerosakan pada komponen sistem saliran cerun.
"Kerja pemantauan sedang dijalankan dan Tanda Maklumat Pemberitahuan (TMP) sudah dipasang di lokasi kejadian.










