KUALA LUMPUR: Pelaksanaan program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) terbukti berjaya membendung ketirisan subsidi bahan api berkenaan secara berkesan berbanding mekanisme yang diguna pakai sebelum ini.

BUDI Diesel ialah inisiatif kerajaan di bawah BUDI MADANI untuk memastikan subsidi diesel diberikan kepada rakyat dan sektor yang layak, di samping mengurangkan ketirisan subsidi serta penyalahgunaan bahan api.

Tujuan utamanya untuk membantu meringankan beban kos sara hidup dan kos operasi golongan yang menggunakan diesel, sambil memastikan subsidi kerajaan disasarkan kepada penerima yang layak.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata ini mengambil kira penggunaan diesel di Sabah merekodkan penurunan 10 peratus bulan lalu walaupun penerima di wilayah itu diberikan kuota tambahan 100 liter sebulan.