MENYAMBUNG pengajian peringkat ijazah sarjana di United Kingdom (UK) pada usia 31 tahun, pelakon, Janna Nick menyifatkannya sebagai pengalaman berharga yang berjaya mengubah landskap pemikirannya secara menyeluruh.
Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner berkata, pada awalnya, dia beranggapan keputusan menyambung pelajaran pada usia itu agak lewat, namun hakikatnya membawa impak positif terhadap ketajaman mindanya.
"Apabila melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana, saya rasa pemikiran menjadi sangat bagus, sangat mematangkan dan melihat dunia ini daripada pelbagai perspektif sebagai individu bukan figura.
"Jadi, apabila saya berada di sana (United Kingdom) selama setahun, saya hanya menghabiskan masa sebagai manusia biasa dan pelajar. Bagi saya, ia agak bagus untuk sambung belajar pada usia sekarang. Saya ingatkan bila sudah berumur 31 tahun ini, bila sambung belajar macam tidak sesuai kan?








