KUANTAN – Rakyat Pahang dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah dan sentiasa berwaspada susulan keadaan jerebu yang menyebabkan institusi pendidikan di Rompin dan Kuantan ditutup sementara hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat, khususnya dalam kalangan golongan berisiko tinggi.