TAHAP keselamatan di sekolah serta perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja menimbulkan kebimbangan rentetan kes keganasan serius membabitkan pelajar termasuk kejadian tikam dan bunuh dalam tempoh berdekatan.

Ia bukan sahaja membawa kepada kecederaan serius, malah dalam sesetengah kes meragut nyawa sehingga mencetuskan persoalan sama ada insiden sebegini masih boleh dianggap terpencil.

Menurut Pakar Kriminologi dan Psikologi, Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Geshina Ayu, apabila beberapa kejadian y