London: Mikel Arteta mempertahankan keputusan Arsenal mengurangkan 60 jawatan dalam kelab itu, dengan menegaskan langkah berkenaan bertujuan memastikan kelab terus berkembang dan mencapai kejayaan.

Kenyataan pengurus Arsenal itu hadir hanya seminggu selepas kelab mengumumkan dia menandatangani kontrak baharu selama empat tahun yang dilaporkan bernilai £20 juta (RM108 juta) setahun.

Pengurangan tenaga kerja itu tidak membabitkan kakitangan kejurulatihan dan sokongan pasukan lelaki serta wanita, operasi komuniti kelab, Yayasan Arsenal dan petugas keselamatan.

Sebaliknya, pengurangan jawatan akan tertumpu kepada bahagian operasi di luar padang.