Syaza Shukri berkata kehadiran Hamzah Zainudin dan Saifuddin Abdullah yang pernah menganggotai Kabinet boleh bantu PN tangkis dakwaan gabungan itu kekurangan pengalaman mentadbir. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Parti Wawasan Negara (Wawasan) berpotensi mengimbangi imej PAS yang dilihat berpendirian keras, sekali gus membantu Perikatan Nasional (PN) menarik sokongan pengundi bukan Melayu dan Melayu atas pagar, kata penganalisis.

Mazlan Ali.Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata pendekatan inklusif Wawasan pimpinan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, yang membuka keahlian kepada semua kaum, boleh membantu PAS memperluas pengaruhnya di luar kubu tradisional parti itu.

“Persepsi yang wujud ialah PAS sebuah parti agak konservatif, dengan pengaruh hanya sekitar negeri-negeri Melayu tradisional,” katanya kepada FMT.