SOPHIA Albarakbah kini mengambil langkah berjaga-jaga dan lebih teliti dalam mengatur perjalanan kerjaya lakonannya, hanya memberi perhatian 100 peratus kepada bidang seni tanpa memberi ruang kepada cerita panas menyemat namanya.
Ini selepas namanya sedikit tercalar gara-gara sekitar beberapa tahun lalu dihimpit kontroversi, termasuk cerita sensasi yang mengaitkan dirinya dengan pelakon, Aliff Aziz.
Ibarat melupakan terus cerita lama, pelakon berusia 33 tahun ini bersyukur kerana pendekatan mengasingkan kerjaya dengan kehidupan peribadi terbukti dapat membersihkan namanya daripada cerita-cerita sensasi yan






