Tumpat: Seorang lelaki disambung reman selama tiga hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung perbuatan khianat di sebuah masjid di Kampung Berangan, di sini.
Perintah tahanan reman yang bermula 21 hingga 23 Oktober itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan (KK) serta Seksyen 427 KK.
Terdahulu, suspek yang berusia 38 tahun itu memakai baju lokap tiba di pekarangan mahkamah berkenaan pada jam 8.20 pagi, sebelum meninggalkan bangunan itu dengan menaiki kenderaan polis pada jam 10.20 pagi.






