Kuala Lumpur: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak melantik mana-mana pihak ketiga atau mewujudkan akaun media sosial khas untuk mengendalikan urusan pengambilan pekerja seperti yang didakwa dalam akaun TikTok 'kerjaya.ktmb'.
KTMB dalam kenyataannya hari ini berkata, pihaknya mengetahui kewujudan akuan berkenaan yang menyalahgunakan nama dan logo KTMB bagi tujuan penipuan, khususnya berkaitan tawaran pekerjaan dan cubaan mendapatkan maklumat peribadi pengguna.
KTMB berkata, pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan nama, logo dan identiti korporat organisasi yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan keselamatan maklumat peribadi orang ramai.
"KTMB akan memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.






