Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan terhadap Wan Azri Wan Deris mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan melampaui keraguan munasabah. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Klang yang membebaskan dan melepaskan pempengaruh politik Wan Azri Wan Deris daripada pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap kerajaan.
AGC menyatakan bahawa Mahkamah Sesyen sama membebaskan Wan Azri, pada akhir kes pendakwaan pada September tahun lalu sebelum Mahkamah Tinggi memerintahkan tertuduh membela diri pada tahun ini susulan rayuan pihak pendakwaan.
“Tertuduh kemudian mengemukakan pembelaannya dengan memberikan keterangan bersumpah di Mahkamah Sesyen yang sama. Tertuduh, sebagai satu-satunya saksi pembelaan mengakui mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan seperti yang dipertuduhkan dan hanya mengemukakan pembelaan berbentuk penafian semata-mata .







